Daisypath Anniversary tickers Beautiful Me
Follow Dashboard
Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner; Syiera
Another credits.

TITLE; My Little Sister :*
Friday, 29 March 2013 | 06:20 | 0 comments
Hai gengggg :D
Ape celop ? Haha , dah lame tak meng-hupdate blog gua nie . Perghhhh , rindu gile kot nak menaip . Hihi . So , takmau cakap banyak . You nampak itu title kat atas , yessssss ! Hari nie mau story pasal adik gua . Bagi gua intro dia dulu . Okay , nama dia Aiena Farini . Umur ? Biarlah rahsiaaaaa , tak boleh bagitau :p
Budak ipoh jugak meyh , sekolah kat Chemor . Sumpah cakap , dia nie memang comel gilaaa . Lagi-lagi bila dia tengah senyum . Ohh , boleh meltingg tuu . Hihi . Status dia ? Haha , semestinyaa dah taken beb . Jangan pandai-pandai nak cilok adik gua . Hihi :D
Eh eh , lupa pulak nak tunjuk gamba dia . Wait for a while :)

_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_


 



bersama boyfie diaaa :*


kamiii :*
Comel kan ? Yes , semestinyaaaa . Hihi . I love you dik <3
Jangan rampas dia dari saya . Kalau tak , memang makan penerajang lahhh . Aummmmm :D


TITLE; Rasa Kecewa
Wednesday, 27 March 2013 | 19:40 | 0 comments



Setiap antara kita pernah rasa kecewa dengan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita . Mungkin kita pernah kecewa dengan masalah keluarga , putus cinta atau gagal mencapai sesuatu yang kita impikan dan usahakan selama ini . Rasa kecewa adalah sesuatu yang normal dan adakalanya sukar dielakkan namun jangan sesekali membiarkan rasa kecewa ini menguasai diri kita .

Rasa kecewa yang ada dalam diri kita kalau tidak dapat dikawal boleh menyebabkan kita mengalami masalah kemurungan atau tekanan perasaan . Sekiranya ianya dibiarkan begitu saja , ada kemungkinan kita akan bertindak diluar dugaan seperti cubaan membunuh diri .

Ada pelbagai cara untuk kita mengurangkan rasa kecewa yang ada dalam diri kita . Antaranyaaaaaaaa , jeng jeng jenggggg !

1) Terima kenyataan --- > Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya .  Kita perlu redha dengan segala ketentuan-Nya . Adakalanya sesuatu yang terjadi dalam hidup kita adalah untuk menyedarkan dan menginsafkan kita .

2) Berfikir secara positif --- > Jangan terlalu mengikut perasaan dan emosi . Kita perlu pandai mengawal perasaan kita sendiri . Cuba pandang masalah kita dari pelbagai aspek . Berusaha untuk bangkit semula dan ubah nasib kita .

3) Luahan perasaan --- > Cuba luahkan masalah kita kepada seseorang yang kita percayai seperti keluarga ataupun sahabat baik . Cuba dapatkan pandangan dan nasihat dari mereka . Pastinya daapt mengurangkan sedikit kekecewaan kita :)

4) Permulaan baru --- > Cuba beri tumpuan pada hidup kita . Cari punca kekecewaan kita dan cuba untuk tidak mengulanginya . Fokuskan kepada sesuatu  yang mampu membangkitkan semula semangat kita . Jangan biarkan perkara yang remeh menghancurkan hidup dan masa depan kita .

Memang bukan mudah untuk memadamkan rasa kecewa yang kita alami . Namun kita tak sepatutnya membiarkan sesuatu dugaan menjadi penghalang untuk kita terus maju melangkah ke depan . Gagal hari ini tak bermakna kita gagal untuk selamanya . Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang cuba mengubahnya .

# Peringatan untuk diri sendiri :D

TITLE; It's over :'(
Saturday, 23 February 2013 | 04:28 | 0 comments
Hai semua . Maaf , saya dah lame tak meng-hupdate blog . Hmm , agak sibuk and jarang balik rumah . Almaklum lah , stay kat asrama ken ? So , susah dapat cuti . Minggu nie pun dapat balik kejap je . Esok dah kena go back to hostel . Ergghh ! Tak puas betui :/

Btw , saya bukan nak story pasal hostel or whatever yang tak berkenaan . Saya cuma nak luahkan ape yang saya pendam selama nie . Pada 23hb Februari , saya dengan dia dah takde pape hubungan . Okay , jujur lah kan sape yang tak sedih kalau kena tinggal kan ? Yes , maybe saya belum cukup sempurna untuk dia . Saya tahu saya banyak buat salah and selalu buat dia sakit hati . Memang tak dapat dinafikan lagi :')
Tapi , nak buat cemana kan ? Saya dengan dia takde jodoh . Saya kena terima even hati saya sakit sangat . Saya yakin satu hari nanti dia akan dapat perempuan yang jauh lagi sempurna yang boleh bahagiakan dia . Dia tak pernah tahu yang saya sayangkan dia sangat-sangat . Saya mengharapkan dia lah jodoh saya , yang boleh jadi pembimbing saya nanti , bakal imam saya .

Tapi , tu semua angan-angan yang tak kesampaian je . Dia bukan milik saya lagi . In shaa Allah , saya boleh terima semua dugaan nie . Mungkin ambil masa yang agak lama untuk lupakan dia . Ape pun , saya harap dia bahagia dengan hidup dia :')

 # SELAMAT TINGGAL , MUHAMMAD SYAZWANIZAM BIN SAHARUDIN .

bye Pictures, Images and Photos



TITLE; Just For You :)
Sunday, 27 January 2013 | 00:23 | 0 comments
*luahan hati*

Awak , tolong jangan salah anggap yang awak itu adalah penghalang bagi hubungan saya . Saya pernah bagi tahu awak yang saya tidak akan balik kepada dia . Saya tak nak dia lebih daripada kawan . Saya hanya nak dia sebagai manusia yang pernah saya kenal . Betul kami sayang antara satu sama lain tapi tidak lagi bagi saya . Dia pilih awak . Awak tidak perlu menderita :)

 

Jangan bohong pada diri awak sendiri . Mungkin awak masih ingin bersama dengannya lagi . Maaf jika apa yang saya katakan mungkin salah . Tapi saya tak tipu dengan apa yang saya rasa . Awak , saya tak nak bersama dengan dia . Janganlah awak cakap saya terseksa sebab saya tidak dapat bersamanya sebab saya pilih untuk berkorban untuk kebahagian awak . Awak ingin saya bahagia? Saya sudah pun bahagia , saya tidak terseksa. Awak , jangan seksa diri awak lagi.


Awak masih boleh lari jika niat awak ingin lari . Tinggalkan saya ataupun dia . Saya tahu awak tidak bahagia . Awak saya sudah jumpa kebahagian saya dengan dekatkan diri kepada Allah . Jika awak masih belum lagi jumpa , saya di sini sentiasa ada dan bersedia untuk tolong awak . Bukan untuk dia , tapi untuk kebahagian seorang wanita islam yang memerlukan bantuan.

Awk tak perlu ganti pengorbanan saya , doakan saya sentiasa dalam keadaan baik didunia dan di akhirat :)

Awak , be strong :) We can do it together just don't give up. I know u can do it . Saya sentiasa doakan awak .




TITLE; 6 sebab untuk tidak berputus asa :)
Friday, 4 January 2013 | 01:38 | 0 comments

Pernah rasa tak kadang-kadang macam putus asa sangat sangat sangat bila kita tak capai apa yang kita harapkan ? Kadang-kadang rasa letih , letih dengan semua benda disekeliling kita , rasa macam nak keluar dari sini . Rasa macam malas gilaa ahh nak teruskan untuk capai harapan kita tuu . Dah tak boleh nak buat cemana kan ? Aicecehh , konon pasrah lettew .

Tak payah lah nak pasrah pasrah putus asa semacam sangat . Kalau kita gagal sekali tuu , tak bermakna esok pagi bukak bukak mata dunia dah kelam . Kalau gagal hari nie , tak bermakna sampai ke tua asyik gagal saja . Errr , melainkan kalau dah diri sendiri pun yakin putus asa adalah jalan terbaik untuk teruskan hidup . Ya ! Awak takkan pernah maju ke depan .

Mai sini nak bagi kat hampa sebab-sebab untuk tidak putus asa . Hmmm , nak kena nyanyi ' Never Say Never ' - Bieber dulu baru nak baca ? Nyanyi sendiri lahh , kami suara tak sedap :p Okay , jangan nak melencong pulakkk . Hahaha .

1. Selagi kita hidup , kita nak apa pun kita boleh dapat .

Kalau betul nak give up gila-gila pun , ada satu sebab sahaja yang boleh diterima , iaitu kalau awak mati . Dah mati apa pun tak boleh buat . Okay , waktu tu boleh lah give up . Selagi kita bernafas , sihat walafiat , sikit sakit pon tak ada dalam badan , bermakna tiada halangan untuk kita terus-terusan mencuba :)

2. Bersikap realistik .

Awak cakap ' aku nie buat apa pun tak reti ' , lepas tu buat muka mintak kaki . Padahal baru aje hari pertama , kali pertama belajar mengayuh basikal tu . Normal lah kalau jatuh luka-luka kaki . Jarang-jarang lah ada orang yang belajar pada pertama kalinya , dan dia boleh menguasai something tuu . Kalau tak , tak wujud lah istilah ' Learn from Mistakes ' kan ?

3. Prove yourself .

Awak nak ke orang lain cakap awak tu seorang yang lemah dan cepat sangat putus asa ? Tak nak kan ? Jadi mulut tu jangan lah dok pi canang merata awak tu tak reti buat apa-apa . Cari lah sesuatu yang kita betul-betul suka, then usaha supaya kita boleh reti jugak buat benda tu . Tak payah nak buktikan pada orang lain , cukup dengan buktikan pada diri sendiri dulu . ' Aku mampu buat apa saja ' :)

4. Yakin dengan apa yang kita impikan .

Bila kita impikan sesuatu , tetapkanlah dalam hati betul-betul . Jangan ubah-ubah dah lepas tu , tak kira lah apa pun yang orang kata pada kita . Biasalah , orang .... Mesti ada jugak dua tiga kerat spesis manusia yang tak boleh nak tengok orang senang , akan buat kita rasa down . Walaupun spesis nie cakap ' alahh , berangan aje lebih , mustahillah benda macam tu hang boleh buat ' , buat muka tak peduli dah lah . Yang penting , kita tahu kita nie mampu atau tak nak capai impian tu .




5. Family and friends .

Jadikan orang-orang yang kita sayang sebagai inspirasi supaya kita terus tabah dan kuat ! Selalunya bila bersembang dengan mak , apa pun yang buat saya rasa down sampai jejak bumi kelmarin , boleh buat saya lompat ke langit hari nie :') Tu lah magic seorang mak kot . Heeee :) Nie contoh aje ,  awak try dengan mak awak lahh . Jangan pulak try dengan mak saya . Hahaha :D

6. Ada orang yang lebih teruk dari kita .

Awak sedar tak atas muka bumi cantik nie ,  ada orang yang hidup dalam environment dan situasi yang lebih teruk dan buruk dari awak sekarang ? Awak give up sebab mintak duit dengan mak nak beli kasut baru tapi mak awak tak bagi ? Ish , buruk betul buat mula ala merajuk macam tu tau-tua nie . Ingat sikit ada je orang takde kaki pun nak pakai kasut tu . Padahal kita nie kasut dah bersusun satu rak kat depan pintu rumah :3 Bersyukur , reti tak ?



Jeng jeng jeng . Saya pun taktau apasal tertulisnya benda-benda nie disini , harap maklum :3


Okay , saya tipu . Actually , hari-hari cakap macam nie dengan diri sendiri . Toksah lah nak give up sangat . Macam lah emas tu boleh turun dari langit kalau tak buat apa-apa perubahan dengan diri sendiri . Kadang-kadang tu kita sendiri tak perasan , something tu mungkin tak jadi sebab kita tak ready lagi . Bila sampai masanya nanti , in shaa Allah kita akan dapat jugak something tuu :)

# Yakinlah dengan janji Dia . Kita usaha , kita minta . Dia bagi segalanya . Cuma dia lagi tahu , bila masa yang paling sesuai untuk kita dapat something yang kita minta tuu :')
Wallahualam .



TITLE; Hanya Ingin Kau ♥ Tahu
Thursday, 3 January 2013 | 01:07 | 0 comments


saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya ada segala nya ..
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hati nya ...



saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah ..
 tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya ..
tapi percayalah , itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu ..
Lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh ..
Tetapi percaya lah , semakin bertambah sayang mereka pada seseorang , semakin pula banyak sesuatu yang terjadi ... 

saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan cerewet , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas ..
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya , tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan kamu jua ...

saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu , bukan bermakna dia tidak sayang ..
tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian .. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi .. Naluri keibuannya sangat kuat .. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu ..

saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada .. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah , tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai ..

saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’ , itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya , bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu , dia benar-benar maksudkan nya ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu .. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya .. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya .. Selagi dia denganmu , percayalah walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan berkata kasar , dia bukan bermaksud untuk berkasar , tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya .. Percayalah , hati perempuan itu sangat lembut ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan berkata, “ tolong tinggalkan saya ! ” , dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya ..
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja .. Apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan mencari kamu semula .. Itu tandanya dia benar-benar mencintai kamu .. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan .. Dia terlalu bermain dengan emosi . 
Tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu ...

saya nak awak tahu ♥
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri .. Tetapi sekiranya kita saling memahami , kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan .. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali .. Di sebalik air mata ini , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya ... Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerana nya .. 

# Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup mu kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong kamu dan membuatkan hidup kamu lebih sempurna .. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak kamu nanti .. insyaALLAH .. :')



TITLE; Just For You , Dear :)
| 00:46 | 0 comments

BUAT AWAK ..
Bukan kerana rupa, harta, pangkat atau nafsu saya memilih awak .. Mungkin awak adalah doa yang selama ini saya pohon yang Allah makbulkan .. Alhamdulillah ..

InsyaAllah, segala pesan awak saya ingat .. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang Allah .. Saya mohon, tolong jangan ragu dengan saya .. Kerana Allah saya inginkan awak .. Jujur dengar awak mengaji buat saya tersentuh :')  Saya percaya Allah Maha Penyayang .. Dia sayang saya dan pertemukan saya dengan awak .. Awak yang selalu ingatkan saya tentang solat, tentang agama ..

Saya percaya pada cinta selepas nikah .. Apapun jadi kalau jodoh milik kita, kita tetap akan bersatu kan .. Simpan rindu, simpan sayang, simpan cinta .. Semua kerana Allah .. Kita cuma perlu berdoa dan terus berdoa semoga jodoh milik kita .. Aminnn ..


AWAK ..
Kerana Allah saya ingin memiliki awak, maka tiada lain yang ingin saya miliki melainkan awak .. Hanya awak .. Tolong jangan ragu dengan saya .. Tapi tetap percaya dengan apa yang Allah rancangkan untuk kita .. Ada jodoh atau tidak, Allah Maha Mengetahui kebaikan buat kita dan kita tak berhak mempersoalkan rencana-Nya ..


Ada kebaikannya andai kita jarang berhubungan sesama sendiri .. Mungkin dapat hindarkan dari hasutan syaitan supaya kita terus leka dengan percintaan .. Nauzubillah sungguh saya tidak mahu mencintai awak melebihi dari saya mencintai Allah .. Izinkan saya mencintai Allah lebih dari saya mencintai awak .. Yang kedua saya perlu mencintai keluarga saya terutama ibu dan ayah .. Selepas itu baru lah awak .. =) Saya harap awak faham ..

Jangan marah kalau saya kurang layan awak, jangan marah kalau saya kurang berhubung dengan awak .. Ketahuilah saya sendiri sedang berjuang untuk tidak terhasut dengan hasutan syaitan supaya terus leka dan lalai mencintai awak .. Saya tidak mahu selagi kita belum ada apa apa sebarang hubungan, saya terlalu leka dan lalai dengan percintaan .. Maafkan saya ye awak ..

Demi Allah, hanya awak .. Kerana Allah, hanya awak .. Tiada lain .. Bersabarlah ..


Awak, saya nak pesan satu :



Terima mengaji untuk saya, terima kasih ajar saya untuk berdoa, terima kasih mengingatkan saya tentang agama dan Allah =) 



TITLE; Maafkan saya ye :')
| 00:10 | 0 comments


Awak ,
Maafkan saya !
Kerana terjatuh kaseh dengan awak ,
kerana Jatuh cinta dengan sikap awak ,
Kerana cuba untuk jadi yang terbaik dihati awak ,
Kerana buat awak rasa yang saya sayang awak ..
Mungkin saya hanya boleh mencintai diri awak dalam diam sahaja .


Mencintai awak dalam diam sangat menyakitkan tapi saya tahu saya perlu melakukan itu ,
mendengar kebahagiaan dari awak sudah cukup buat saya tersenyum walaupun hati kecil saya menangis , saya redha . Saya tak selemah wanita yang mudah mengeluarkan air mata kerana cinta . jadi awak jangan risau .. sayaa cukup kuat . cukup kuat . :(

Awak ..
Cuma saya minta satu ..
mungkin selepas ini saya akan berubah .
tapi saya nak awak yakin , saya berubah untuk kebaikkan kita ..
saya tak nak awak ada masalah dengan orang yang awak sayang ..
biar saya undur diri perlahan-lahan ..
saya janji awak takkan sedar saya akan hilang dari hidup awak ..
saya janji ..


Maafkan saya awak ..
Maafkan saya kerana tak boleh nak kotakan janji supaya kita akan tetap jadi sahabat ,
kita akan tetap berhubung seperti dulu ,
kita akan tetap ber" kawan " seperti dulu ..
saya tak boleh awak .. saya rasa saya tak cukup kuat untuk semua ni ..

saya cuma nak awak tahu ..
walau apapun yang berlaku awak adalah sahabat saya ..
saya janji .. cuma sekarang saya cuma minta waktu untuk mendapatkan semula hati saya yang dulu . jujurnya , Hati saya dah hancur bila awak cakap awak dah ada orang yang awak sayang .. tapi saya sendiri tak pasti kenapa saya masih boleh tersenyum ketika ini .
sedangkan kalau boleh saya ingin menangis sepuas hati ..

Awak ..
saya minta maaf !
Izinkan saya simpan kenangan kita ..
Izinkan saya mencintai awak selamanya ..
saya doakan moga awak dan dia bahagia ..
Amin .. :') 

# Bila cinta adalah nafas , ku ingin hidup seabad lagi . Bila cinta adalah keindahan , ku ingin selalu memandangnya . Bila cinta adalah kelukaan , ku takkan peduli seberapa pahitnya luka itu , dan ... Bila cinta adalah air mata , ku akan tetap tersenyum walaupun hatiku terluka :')


TITLE; Dari Sudut Hati Ini :')
Tuesday, 1 January 2013 | 04:21 | 0 comments
Jauh di sudut hati ini
Tidak ingin sekali kau terluka
Dengan susunan tintaku bergerigi
Apatah lagi tercalar dihati
Agar dapat kau gurindamkan
Dengan senyum dan tenang


Jauh di sudut hati ini
Tak ingin lemparkan setitispun sengsara
Dari setiap pesan yang ku curahkan
Agar menjadi cahaya untuk kau berjalan
Di laluan yang gelap sendirian
Berdepan dengan setiap ujian
Tanpa perlukan bantuan dan teman
Disepanjang kehidupan


Namun 
Terkadang terluncur juga kata-kata berbisa
Meninggalkan parut-parut tersisa
Walau niatku terpancar suci
Tak selalu nampak berseri




Jauh di sudut itu
Aku sentiasa melihatmu
Tiap lagu menjadi nyanyian mu
Selalu bernada sendu
Dan
Aku jadi kelu


Jauh disudut itu
Aku sentiasa melihatmu
Tiap bicara kau bersuara
Ada tawa ada bahagia
Aku terasa lega


Biarpun aku selalu di sudut sana
Aku tetap ada di situ
Kala kau lihat gelap malam
Atau terluka dicalar duga
Atau mungkin hilang semua gelak tawa
Yang pernah dicipta
Aku akan hadir menemani
Akan kuberi dian sekali lagi
Untuk kau lalui kembali
Jalan malam ini sendiri
Supaya menjadi berani




Supaya terus hadapi segala kesulitan
Kerana dunia ini memang begini
Hanya ada pelajaran dalam pengajaran
Untuk kau guna di masa depan


Percayalah
Aku tak minta difahami saat ini
Suatu hari nanti
Saat jalan-jalan bahagia kau miliki
Aku takkan lagi menemani
Tak bisa menjadi penjaga hati
Yang sering memerhati
Kerana aku harus pergi
Jalani hidupku ini ...





TITLE; Cemburu ?
| 03:54 | 0 comments


Ramai yang kata cemburu ni sifat yang tak bagus . Cemburu dengan kejayaan dan kebahagiaan keluarga orang lain . Semua ni negatif . Ye ke ?
Bagi aku , cemburu tu sebenarnya sifat yang baik . Tapi dengan syarat , kita cemburu dengan niat untuk perbaiki kekurangan diri . 

Bukankah bagus kita cemburu dengan kehebatan seseorang tu , dan kita teringin nak jadi macam dia ? Sekurang-kurangnya , cemburu boleh jadi pemangkin untuk kita jadi lebih baik daripada sekarang .

Tapi , bila cemburu disusuli dengan perasaan hasad dengki . Itu yang jadi tak baik . Jatuhkan orang lain , buat fitnah , hasad dengki macam ni yang patut kita elakkan .

Owh , lagi satu . Cemburu tu biarlah bertempat . Dan biarlah logik . 

Jangan cemburu sebab berebut pondan , sampai main simbah-simbah asid pulak macam kes haritu dah la . Tak dapat diterima akal langsung :/ Hahaha .



TITLE; My New Brother :')
Friday, 28 December 2012 | 23:06 | 0 comments




Hai korangggg . Heeee :') Amacam , sihat ka ? Hihi . Okay , anda nampak gamba-gamba di atas ? Yess , hes's my adopted brother . Kami kenal kat dalam group Chit Chat ( FB ) . Dia awesome sangat tau . Sporting , baik , caring and cool :')
Btw , name abang saya nie Aiman Shah . 20 tahun * masih muda * . Orang JB and masih single :)
Saya harap sangat dia akan jadi abang saya sampai bila-bila . Almaklum lah , saya takdo abang . Hehe :)

# p/s : adik sayang abang sangat-sangat tau . Hope kekal sampai bila-bila <3

TITLE; Cinta sejati akan hadir tanpa di jangka
| 07:14 | 0 comments
Erti Cinta Sejati ?

Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia , namun akhirnya bersama dengan orang lain . Cinta Sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia membuatkan kita  rasa sukar untuk meneruskan hidup . Jika anda miskin , anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya . Jika anda kaya , anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin . Jika anda hodoh , anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak . Kebenaran ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan . Oleh itu , percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh berlaku dalam menemukan cinta sejati .

Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal . Setiap manusia mempunyai keinginan mereka yang tersendiri . Hati anda sentiasa mencari jalan untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam hati . Di sebabkan itu , apabila anda terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan di hati anda , anda akan jatuh cinta pada orang tersebut secara tidak sengaja . Pernahkan anda berasa terkejut dengan cinta yang hadir pada anda ? Seolah-olah anda telah menemukannya si dia ?

menilai cinta sejati

Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura–pura kerana ia menguasai hati anda secara menyeluruh dengan cepat . Cinta sejati boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri . Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda . Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda tidak kenal . Anda boleh jatuh cinta pada orang yang selalu anda jumpa . Oleh itu , berusahalah untuk memahami cinta sejati , pasti anda akan menemukan jodoh anda .

Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba–tiba , janganlah anda  menerima cinta dari seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi anda cinta sejati . Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana terpaksa memlih antara dua . Jelas bahawa cinta sejati adalah cinta yang spontan . Cinta sejati yang sebenarnya adalah tidak mengenal rupa , tetapi perasaan itu lahir dari hati yang membuatkan anda menyukainya . Bila bertemu cinta , usahalah untuk tidak buta , walaupun peribahasa mengatakan ‘ cinta itu buta ’ . Hakikatnya , buta pada hati adalah perkara yang berbahaya kerana cinta sejati memerlukan cahaya dari dalam jiwa untuk mencintai si dia . Pastikan anda bezakan isi hati dengan rupanya. Nilailah keinginan cinta yang anda temukan dan cari keinginan suci ‘ chemistry ’ .

Cinta sejati yang sebenar adalah amat indah , dan jauh dari apa yang ramai sangkakan . Pernahkah anda merasakan cinta yang dimiliki oleh pasangan bahagia yang telah uzur ? Walaupun usia dimamah masa , cinta sejati yang suci milik mereka tetap bersinar dan terpelihara . Oleh itu ,  berusahalah untuk menemukan cinta sejati anda . Fahamilah situasi cinta sejati yang anda inginkan itu untuk meneruskan hidup berdua .

cinta sejati

Mengenali Cinta Sejati ?

Tahukah anda , cinta itu adalah perasaan jiwa yang semulajadi . Ia adalah fitrah dan anugerah yang telah menjadi salah satu sifat manusia . Ia wujud hanya bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu bersertakan emosi dan suasana yang gembira . Oleh itu dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta , manusia sering menghadapi krisis nilai . Ramai insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh bagi mencapai keinginan tinggi cinta itu . Berbalik kepada isu buta cinta tadi , akibatnya ramai yang kabur dan gagal dalam menilai cinta . Namun , bagi yang bijaksana , mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya , yang lahir dari hati , yang bergelar cinta sejati . Insan sebegini adalah hidup dalam keadaan bersih dan penuh taqwa . Cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah suci , mahal dan tinggi tarafnya . Sifat cinta itu sempurna , jika tidak ia akan menjadi cacat .

# p/s : “ Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur ”



TITLE; Kenapa lelaki menangis dalam percintaan .
Thursday, 27 December 2012 | 22:07 | 0 comments









Korang pernah tengok lelaki menangis ? Susah kan ? Airmata lelaki nie terlalu ' mahal ' bagi mereka . Lagi pun tak cool lah kalau lelaki menangis . Ego pun ada jugak . Tapi tak bermakna lelaki langsung tak boleh nangis . Lelaki pun ada perasaan jugak . Lelaki akan jadi sensitif bila dalam percintaan . Korang tengok lah walau se-rock or se-sempoi mana sekali pun lelaki tu , hati dia tetap akan terusik bila perempuan yang dia sayang tu buat sesuatu yang menyinggung perasaannya . Even benda tu benda yang simple bagi kita . Dan kita tak expect pun benda tu boleh buat dia kecik hati . Sampai dia merajuk . Saya cakap nie berdasarkan pengalaman :')


Antara sebab-sebab yang boleh buat lelaki menangis :

♥ Si lelaki dianggap tidak wujud oleh wanita kesayangannya .♥ Si lelaki melihat wanita kesayangannya bermesraan , curang , berpelukan dengan lelaki lain .
♥ Si lelaki tidak dapat membahagiakan wanita yang disayangi .
♥ Si lelaki mendapat tahu si wanita kesayangannya berpura-pura mencintai dia .
♥ Wanita yang disayanginya tidak mencintainya secara ikhlas dan sepenuh hati , tetapi sekadar menggunakannya .
♥ Si lelaki tidak dapat membantu wanita kesayangannya apabila wanita tersebut benar-benar mahukan pertolongan .♥ Si lelaki berasa dipergunakan oleh wanita kesayangannya .♥ Si lelaki melihat wanita kesayangannya sakit , bersedih , menangis .
♥ Si lelaki merasakan wanita kesayangannya bukan miliknya , tetapi untuk lelaki yang lebih baik sempurna darinya .
♥ Si lelaki ditinggalkan oleh wanita yang dicintainya .


# p/s : Hargailah mereka selagi mereka ada bersama kita :')

TITLE; Dear Heart .
| 04:55 | 0 comments
Dear Heart ,
Please be strong no matter what happen and no matter how much you have been hurt . Kata orang hidup nie tak selalu indah . Kita tak mampu nak memuaskan hati semua pihak walau macam amana kita mencuba sekalipun . Percayalah . Nak memuaskan hati semua orang bukan mudah , paling-paling terpaksa korbankan hati sendiri . Hati perlu ada pendirian , hati kena kuat . Kita boleh hidup bahagia kalau kita mahu dan berusaha ke arah kebahagiaan yang kita idamkan . In syaa Allah , kita mampu untuk terus bahagia . Bukan mengabaikan perasaan orang lain tapi cuba untuk mengetepikan perasaan sendiri . Rasanya itu yang terbaik untuk hati .

Lidah merupakan senjata paling tajam . Kata-kata umpama belati yang menikam . Saya lebih suka mengingatkan diri sendiri daripada melihat atas kesalahan orang lain . Daripada situ mungkin saya mampu untuk memperbaiki diri . Sebagai manusia biasa , saya sendiri tak dapat lari dari melukakan hati mana-mana pihak tanpa saya sedari . Mungkin kata-kata yang dilemparkan dianggap biasa namun kesannya sangat mendalam . Saya lebih rela berdiam diri dan hidup dalam dunia saya sendiri daripada masuk ke dunia mereka yang tak pernah mengerti kehadiran diri saya .

Kita manusia . Takkan pernah sempurna . Kita mencuba . Tak semestinya berjaya . Kita bercakap . Tak semestinya mereka mendengar . Conclusion untuk apa yang telah ditaip dari tadi , understanding itu tersangatlah penting . Tak kisah dalam berkawan or berkasih . Faham , memahami .
Dear Heart ,
Please don't hurting and try to be strong so you can't be hurt :')


TITLE; My Lovely Brother .
Tuesday, 25 December 2012 | 20:12 | 0 comments
Hello ! Jom ramai-ramai usha gamba boboi kite . Hahaha . Ceitt ! Bukan boyfriend tapi satu-satunya abang yang saya ada . Hihi :')
-
-
-
-
-
-
-
-
-




muka fokus cenggini lahh . Hihi .

STOP ! Jangan tengok lame-lame . Hahaha . Adik dia marah kangggg :p 
Okay , saya kenalkan sikit latar belakang dia . Name abang saya nie Razizul Rohaizad . Umur ? Secret lahh kan . * yang penting abang aku dah tua * Hahaha . Gurau-gurau je . Abang aku ada dua beradik je . Lagi sorang abang aku * kira atas dia lah * takde gamba lah pulok . * yop , maaf dehh *

Kami kenal sejak kecik lagi . Ahaaa , memang dah lame pun . Membesar same-same walaupun berlainan mak and ayah . * abang angkat lah nie * Saya sayangg dia sangat-sangat . Even dia selalu drop saya , tapi , dia seorang abang yang penyayang . * mohon bangga * dia nie memang poyos tapi dia caring pasal adik-adik dia . kan abang kan ? Hahaha .
So , korang , korang dan korang ! Amaran ye , jangan pernah ambik dia dari saya . Kalau dia dah ada bini nanti , kena lepaskan jugak . Hewhew :D

TITLE; Saya Sayang Awak Lebih :')
| 19:06 | 0 comments
Hai you , kamu , hang , awak semua :) Dah lame rasanya tak update blog ken ? Ececehhh , yeke dah lame ? Rasanya baru je beberapa hari tak update . Hewhew :D * okay , stop merepek *

So , anda nampak title kat atas tuu . Ye , tajuknya ' Saya Sayang Awak Lebih ' . Saya rasa korang semua mesti pernah dengar kan ayat nie , atau dalam omputihnya ( i love you more ) . Dalam sebuah relationship , memang akan ada satu pihak yang akan lebih menyayangi . Tak boleh tidak , mesti ada punya . Cuma dalam hal nie , apa yang terbaik ? Lelaki yang lebih menyayangi atau perempuan ? Pada saya , lebih baik lelaki .

Kenapa ? Pertama sekali sebab lumrah kehidupan lelaki tu sebagai pemimpin dalam relatonship tu kan . Mana boleh kalau perempuan memimpin atau memainkan peranan sebagai boss dalam sesebuah perhubungan , biarpun kekadang tu dari segi ekonomi perempuan lebih mampu . Kalau berlaku macam tuu , memang queen control lah namanyaa . Lelaki mesti mengambil peranan yang penting dalam sesebuah hubungan . Kalau berselisihan faham atau apa , lelaki lah yang kena bertolak ansur dulu .

Perempuan pulak , kalau dia dah sayang lelaki tuu memang dia sayang . Simple je sebenarnya benda nie , tapi itulah dalam hidup nie macam-macam benda boleh buatkan sesebuah hubungan tu jadi rumit dan kedang-kadang tu mendatangkan masalah . Dalam sayang perempuan nie lah kadang-kadang perempuan tu akan lebih menyayangi berbanding lelaki . Bila benda nie berlaki , kena ada check and balance balik sebab lelaki adalah oportunis . Bila berada dalam zon selesa macam nie , lelaki mula lah jadi tak betul . Yang gatal tu gatallah dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa . Yang jenis workaholic tu , kerjalah sampai pagi . perempuan dia terabai , kurang kasih sayangg .



Tapi , si gadis pulak memang taknak give up . Dia fikir apa yang dia buat tak cukup bagus untuk boyfriend dia . Jadi dia berusaha lagi kuat untuk tunjukkan kasih sayang dia . Luangkan lebih banyak masa . Selalu telefon . Yang si lelaki pulak jadi makin rimas girlfriend asyik cari je . Tak bebas . Walaupun begituu , bila si gadis merajuk , tetap dipujuk . Lepas pujuk , dia buat perangai endah tak endah dia balik . Relationship tu dah jadi lain .

Banyak sebenarnya implikasi buruk kalau perempuan lebih sayang boyfriend dia . Walaupun begitu , ada je hubungan yang boleh kekal lama even benda macam nie berlaku . Kenalah tengok lelaki yang perempuan tu date . Ada je lelaki yang baik , jenis yang boleh dipercayai , dan betul-betul ikhlas dalam hubungan tuu . Tak salah pun untuk perempuan lebih menyayangi dan lebih baik sebenarnya kalau dua-dua memang komited dalam menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain .


p/s : Macam mana nak buat si lelaki lebih sayang ? Entah lah benda nie datang dari keikhlasan dalam bercinta tuu . Kalau dia betul-betul ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam relationship tu , memang akan nampak jelas dan nyata . Korang sendiri akan tahu . Semudah tuu :')

TITLE; Menangis dalam senyuman
Thursday, 20 December 2012 | 23:03 | 0 comments


Hai semua . Maaf , saya dah lame tak update blog . Almaklum lah , tengah ' busy ' kan ? Hahaha . Takde lah , gurau-gurau je . Actually , internet selalu buat hal . Alahhh , tau ahh jeles kan kan ? * k . tetiba *
So , korang cemana ? Sihat ke ? Ada yang makin buncit macam saya ? Hewhew :p
Serius cakap lah kan , sejak cuti nie koje saya makan tidur makan tidur je . Amacam ? Hebat kan ? Hahaha . Well , tengok lah anak sape ken ken ? Ngeeee :D

Btw , saya nak story pasal semalam . Sumpah ! Semalam saya dengan dia gaduh besar . Erk ? Idok lerr sampai bertumbuk bertampar bagai kan . Hehehe . Tapi , semalam menangis tak berlagu lah wei . Nasib baik ' dia ' pandai pujuk , bagi saya gelak . Haha . Memang sweet and sour lah kan . Okay , saya gaduh dengan dia sebab dia still tak boleh lupakan ' ehem ehem ' dia yg dulu . Sampaikan ' ehem ehem ' dia tu text saya suruh saya pujuk dia lupakan perempuan tuu . Tak faham ? Errr , buat-buat faham je lahhh k - , -
' Dia ' call saya tak angkat , dia text saya balas cm nak taknak je . Yelahh , orang tengah sakit hati , tau tau je lahh cemana time tuu . And then , saya biarkan dia . Saya suruh dia tinggalkan saya untuk seketika . So , saya ambik masa saya tenangkan diri saya . Tak sampai setengah jam , saya suruh dia call balik . Dari situ lahh , saya dengan dia jadi elok semula . Dia dah janji dengan saya yang dia nak lupakan ' ehem ehem ' diaa . Okay , saya pun taknak keruhkan lagi keadaan . Saya pun maafkan diaa . Tapi kan kan , selama otp dengan dia semalam saya banyak diam je . Hehehe . Almaklum lah , tengah tahan sebak . Saya nie memang jenis sensitif . Nasib baik dia tahan dengan perangai saya . Hihi . * sayanggg kau senget *
Tapi , time gaduh tuu nak je saya ' Watchaaa ' dia tau . Geram sangat ! Ggrrrrrr . Hahaha . Tak sampai hati lah pulok ken . Nasib baik anak Yusri nie masih ada nilai murni dalam diri . * bangga kejap * Hihi . Pape pun , kami dah kembali macam biasaaa :D

Saya harap benda macam nie takkan berulang lagi . Saya dah tak sanggup :'(
Please awak . Saya nak kite same-same bahagia tau ? :D

TITLE; Ya Allah , Kau lindungilah diaa :'(
Wednesday, 5 December 2012 | 18:43 | 0 comments
Hari nie saya sedih sangat . Airmata yang saya tahan selama nie jatuh jugak akhirnya .  Ape yang saya takutkan selama nie dah terjadi . Kak yana dah nazak , dia sekarang berada di wad kecemasan . Saya risau sangat-sangat . Saya taknak kehilangan dia . Saya dah anggap dia macam kakak saya sendiri . Ya Allah Ya Tuhanku , Kau lindungilah dia , Kau sembuhkan lah dia kembali seperti dulu . Saya nak tengok dia tersenyum lagi . Saya tak mampu kehilangan diaa . Ye , mungkin sejak akhir-akhir nie kami ada salah paham sedikit . Tapi , saya tak pernah marah ataupun bencikan dia . Saya sayang dia sangat-sangat .

Alhamdulillah , saya berasa lega sedikit . Kak yana dah masuk wad biasa cuma dia belum sedarkan diri . Saya nak sangat tengok dia , tapi , adik kak yana cakap kak yana taknak jumpe sape-sape . Takpe lah , dengar berita daripada adik dia pon dah cukup . Saya harap kawan-kawan dapat doakan kak yana cepat sembuh ye :')
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


saya nak tengok senyuman kak yana semual :)
semoga kak yana sembuh ye .

TITLE; My New Friend :)
Tuesday, 4 December 2012 | 20:41 | 0 comments
Hello peers . Apa khabar ? Hihi . Sejak akhir-akhir nie rajin pulak saya meng-hupdate blog . Hewhew :3
Takpe , untuk mengisi masa lapang sejak jadi penganggur terhormat nie . LOL :p
Okay okay , dah jangan nak merepek pulak pepagi buta nie . Erk ? Pagi ke ? Maaf , dah tengah hari ye . Hihihi . * k , tak lawak . Diam . *

So , korang nampak kan title kat atas tuu . Yes , i got a new friend ! Hoorayyyy :)
Actually , saya kenal dia dah lame dah and kami berkenalan pon dekat tagged . * time tuu tagged nie femes sikit * She's so pretty . Serius , tak tipu k . Nama dia Nur Adilah bt Ahmad . Dia nie muda setahun je dari saya . Saya suka sangat kawan dengan dia . she's awesome ! Terlalu baik sangat . Saya harap sangat persahabatan yang baru terbina nie * ecewahhhhh , skema gilo ayat kau * berkekalan sampai bila-bila . Even kite dok jauh , insyaAllah , satu hari nanti kite akan berjumpe jugak . If Allah mengizinkan :) Teringin ohh nak jumpe diaa , my girlfriend :) Hihi . Now , jom kite pakat-pakat usha gamba diaa k .
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
comel kan kan ?

she's my girlfriend :)

pretty <3

sayangggg dila pendek :)

Nur Adilah Ahmad <3

Ehh , dah dah ! Jangan tengok lame-lame . Nanti marah pulak boyfriend Dila kite . Hewhew :3
Sorry , curik gamba kamu , sayanggg . Hihi . Las word , I Love You , Dila <3
Harap persahabatan kite till Jannah k . Muahhh :*


Old things | New things