Daisypath Anniversary tickers Beautiful Me
Follow Dashboard
Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner; Syiera
Another credits.

TITLE; 6 sebab untuk tidak berputus asa :)
Friday, 4 January 2013 | 01:38 | 0 comments

Pernah rasa tak kadang-kadang macam putus asa sangat sangat sangat bila kita tak capai apa yang kita harapkan ? Kadang-kadang rasa letih , letih dengan semua benda disekeliling kita , rasa macam nak keluar dari sini . Rasa macam malas gilaa ahh nak teruskan untuk capai harapan kita tuu . Dah tak boleh nak buat cemana kan ? Aicecehh , konon pasrah lettew .

Tak payah lah nak pasrah pasrah putus asa semacam sangat . Kalau kita gagal sekali tuu , tak bermakna esok pagi bukak bukak mata dunia dah kelam . Kalau gagal hari nie , tak bermakna sampai ke tua asyik gagal saja . Errr , melainkan kalau dah diri sendiri pun yakin putus asa adalah jalan terbaik untuk teruskan hidup . Ya ! Awak takkan pernah maju ke depan .

Mai sini nak bagi kat hampa sebab-sebab untuk tidak putus asa . Hmmm , nak kena nyanyi ' Never Say Never ' - Bieber dulu baru nak baca ? Nyanyi sendiri lahh , kami suara tak sedap :p Okay , jangan nak melencong pulakkk . Hahaha .

1. Selagi kita hidup , kita nak apa pun kita boleh dapat .

Kalau betul nak give up gila-gila pun , ada satu sebab sahaja yang boleh diterima , iaitu kalau awak mati . Dah mati apa pun tak boleh buat . Okay , waktu tu boleh lah give up . Selagi kita bernafas , sihat walafiat , sikit sakit pon tak ada dalam badan , bermakna tiada halangan untuk kita terus-terusan mencuba :)

2. Bersikap realistik .

Awak cakap ' aku nie buat apa pun tak reti ' , lepas tu buat muka mintak kaki . Padahal baru aje hari pertama , kali pertama belajar mengayuh basikal tu . Normal lah kalau jatuh luka-luka kaki . Jarang-jarang lah ada orang yang belajar pada pertama kalinya , dan dia boleh menguasai something tuu . Kalau tak , tak wujud lah istilah ' Learn from Mistakes ' kan ?

3. Prove yourself .

Awak nak ke orang lain cakap awak tu seorang yang lemah dan cepat sangat putus asa ? Tak nak kan ? Jadi mulut tu jangan lah dok pi canang merata awak tu tak reti buat apa-apa . Cari lah sesuatu yang kita betul-betul suka, then usaha supaya kita boleh reti jugak buat benda tu . Tak payah nak buktikan pada orang lain , cukup dengan buktikan pada diri sendiri dulu . ' Aku mampu buat apa saja ' :)

4. Yakin dengan apa yang kita impikan .

Bila kita impikan sesuatu , tetapkanlah dalam hati betul-betul . Jangan ubah-ubah dah lepas tu , tak kira lah apa pun yang orang kata pada kita . Biasalah , orang .... Mesti ada jugak dua tiga kerat spesis manusia yang tak boleh nak tengok orang senang , akan buat kita rasa down . Walaupun spesis nie cakap ' alahh , berangan aje lebih , mustahillah benda macam tu hang boleh buat ' , buat muka tak peduli dah lah . Yang penting , kita tahu kita nie mampu atau tak nak capai impian tu .




5. Family and friends .

Jadikan orang-orang yang kita sayang sebagai inspirasi supaya kita terus tabah dan kuat ! Selalunya bila bersembang dengan mak , apa pun yang buat saya rasa down sampai jejak bumi kelmarin , boleh buat saya lompat ke langit hari nie :') Tu lah magic seorang mak kot . Heeee :) Nie contoh aje ,  awak try dengan mak awak lahh . Jangan pulak try dengan mak saya . Hahaha :D

6. Ada orang yang lebih teruk dari kita .

Awak sedar tak atas muka bumi cantik nie ,  ada orang yang hidup dalam environment dan situasi yang lebih teruk dan buruk dari awak sekarang ? Awak give up sebab mintak duit dengan mak nak beli kasut baru tapi mak awak tak bagi ? Ish , buruk betul buat mula ala merajuk macam tu tau-tua nie . Ingat sikit ada je orang takde kaki pun nak pakai kasut tu . Padahal kita nie kasut dah bersusun satu rak kat depan pintu rumah :3 Bersyukur , reti tak ?



Jeng jeng jeng . Saya pun taktau apasal tertulisnya benda-benda nie disini , harap maklum :3


Okay , saya tipu . Actually , hari-hari cakap macam nie dengan diri sendiri . Toksah lah nak give up sangat . Macam lah emas tu boleh turun dari langit kalau tak buat apa-apa perubahan dengan diri sendiri . Kadang-kadang tu kita sendiri tak perasan , something tu mungkin tak jadi sebab kita tak ready lagi . Bila sampai masanya nanti , in shaa Allah kita akan dapat jugak something tuu :)

# Yakinlah dengan janji Dia . Kita usaha , kita minta . Dia bagi segalanya . Cuma dia lagi tahu , bila masa yang paling sesuai untuk kita dapat something yang kita minta tuu :')
Wallahualam .




Old things | New things