TITLE; Rasa Kecewa
Wednesday, 27 March 2013 | 19:40 | 0 comments


Setiap antara kita pernah rasa kecewa dengan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita . Mungkin kita pernah kecewa dengan masalah keluarga , putus cinta atau gagal mencapai sesuatu yang kita impikan dan usahakan selama ini . Rasa kecewa adalah sesuatu yang normal dan adakalanya sukar dielakkan namun jangan sesekali membiarkan rasa kecewa ini menguasai diri kita .
Rasa kecewa yang ada dalam diri kita kalau tidak dapat dikawal boleh menyebabkan kita mengalami masalah kemurungan atau tekanan perasaan . Sekiranya ianya dibiarkan begitu saja , ada kemungkinan kita akan bertindak diluar dugaan seperti cubaan membunuh diri .
Ada pelbagai cara untuk kita mengurangkan rasa kecewa yang ada dalam diri kita . Antaranyaaaaaaaa , jeng jeng jenggggg !
1) Terima kenyataan --- > Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya . Kita perlu redha dengan segala ketentuan-Nya . Adakalanya sesuatu yang terjadi dalam hidup kita adalah untuk menyedarkan dan menginsafkan kita .
2) Berfikir secara positif --- > Jangan terlalu mengikut perasaan dan emosi . Kita perlu pandai mengawal perasaan kita sendiri . Cuba pandang masalah kita dari pelbagai aspek . Berusaha untuk bangkit semula dan ubah nasib kita .
3) Luahan perasaan --- > Cuba luahkan masalah kita kepada seseorang yang kita percayai seperti keluarga ataupun sahabat baik . Cuba dapatkan pandangan dan nasihat dari mereka . Pastinya daapt mengurangkan sedikit kekecewaan kita :)
4) Permulaan baru --- > Cuba beri tumpuan pada hidup kita . Cari punca kekecewaan kita dan cuba untuk tidak mengulanginya . Fokuskan kepada sesuatu yang mampu membangkitkan semula semangat kita . Jangan biarkan perkara yang remeh menghancurkan hidup dan masa depan kita .
Memang bukan mudah untuk memadamkan rasa kecewa yang kita alami . Namun kita tak sepatutnya membiarkan sesuatu dugaan menjadi penghalang untuk kita terus maju melangkah ke depan . Gagal hari ini tak bermakna kita gagal untuk selamanya . Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang cuba mengubahnya .
# Peringatan untuk diri sendiri :D


Im not beauty queen. Im just Beautiful Me.
Site
