TITLE; Saya Sayang Awak Lebih :')
Tuesday, 25 December 2012 | 19:06 | 0 comments

So , anda nampak title kat atas tuu . Ye , tajuknya ' Saya Sayang Awak Lebih ' . Saya rasa korang semua mesti pernah dengar kan ayat nie , atau dalam omputihnya ( i love you more ) . Dalam sebuah relationship , memang akan ada satu pihak yang akan lebih menyayangi . Tak boleh tidak , mesti ada punya . Cuma dalam hal nie , apa yang terbaik ? Lelaki yang lebih menyayangi atau perempuan ? Pada saya , lebih baik lelaki .
Kenapa ? Pertama sekali sebab lumrah kehidupan lelaki tu sebagai pemimpin dalam relatonship tu kan . Mana boleh kalau perempuan memimpin atau memainkan peranan sebagai boss dalam sesebuah perhubungan , biarpun kekadang tu dari segi ekonomi perempuan lebih mampu . Kalau berlaku macam tuu , memang queen control lah namanyaa . Lelaki mesti mengambil peranan yang penting dalam sesebuah hubungan . Kalau berselisihan faham atau apa , lelaki lah yang kena bertolak ansur dulu .
Perempuan pulak , kalau dia dah sayang lelaki tuu memang dia sayang . Simple je sebenarnya benda nie , tapi itulah dalam hidup nie macam-macam benda boleh buatkan sesebuah hubungan tu jadi rumit dan kedang-kadang tu mendatangkan masalah . Dalam sayang perempuan nie lah kadang-kadang perempuan tu akan lebih menyayangi berbanding lelaki . Bila benda nie berlaki , kena ada check and balance balik sebab lelaki adalah oportunis . Bila berada dalam zon selesa macam nie , lelaki mula lah jadi tak betul . Yang gatal tu gatallah dengan mana-mana perempuan yang dia jumpa . Yang jenis workaholic tu , kerjalah sampai pagi . perempuan dia terabai , kurang kasih sayangg .

Tapi , si gadis pulak memang taknak give up . Dia fikir apa yang dia buat tak cukup bagus untuk boyfriend dia . Jadi dia berusaha lagi kuat untuk tunjukkan kasih sayang dia . Luangkan lebih banyak masa . Selalu telefon . Yang si lelaki pulak jadi makin rimas girlfriend asyik cari je . Tak bebas . Walaupun begituu , bila si gadis merajuk , tetap dipujuk . Lepas pujuk , dia buat perangai endah tak endah dia balik . Relationship tu dah jadi lain .
Banyak sebenarnya implikasi buruk kalau perempuan lebih sayang boyfriend dia . Walaupun begitu , ada je hubungan yang boleh kekal lama even benda macam nie berlaku . Kenalah tengok lelaki yang perempuan tu date . Ada je lelaki yang baik , jenis yang boleh dipercayai , dan betul-betul ikhlas dalam hubungan tuu . Tak salah pun untuk perempuan lebih menyayangi dan lebih baik sebenarnya kalau dua-dua memang komited dalam menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain .
p/s : Macam mana nak buat si lelaki lebih sayang ? Entah lah benda nie datang dari keikhlasan dalam bercinta tuu . Kalau dia betul-betul ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam relationship tu , memang akan nampak jelas dan nyata . Korang sendiri akan tahu . Semudah tuu :')

Im not beauty queen. Im just Beautiful Me.
Site