Daisypath Anniversary tickers Beautiful Me
Follow Dashboard
Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner; Syiera
Another credits.

TITLE; Cinta sejati akan hadir tanpa di jangka
Friday, 28 December 2012 | 07:14 | 0 comments
Erti Cinta Sejati ?

Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia , namun akhirnya bersama dengan orang lain . Cinta Sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia membuatkan kita  rasa sukar untuk meneruskan hidup . Jika anda miskin , anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya . Jika anda kaya , anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin . Jika anda hodoh , anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak . Kebenaran ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan . Oleh itu , percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh berlaku dalam menemukan cinta sejati .

Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal . Setiap manusia mempunyai keinginan mereka yang tersendiri . Hati anda sentiasa mencari jalan untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam hati . Di sebabkan itu , apabila anda terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan di hati anda , anda akan jatuh cinta pada orang tersebut secara tidak sengaja . Pernahkan anda berasa terkejut dengan cinta yang hadir pada anda ? Seolah-olah anda telah menemukannya si dia ?

menilai cinta sejati

Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura–pura kerana ia menguasai hati anda secara menyeluruh dengan cepat . Cinta sejati boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri . Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda . Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda tidak kenal . Anda boleh jatuh cinta pada orang yang selalu anda jumpa . Oleh itu , berusahalah untuk memahami cinta sejati , pasti anda akan menemukan jodoh anda .

Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba–tiba , janganlah anda  menerima cinta dari seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi anda cinta sejati . Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana terpaksa memlih antara dua . Jelas bahawa cinta sejati adalah cinta yang spontan . Cinta sejati yang sebenarnya adalah tidak mengenal rupa , tetapi perasaan itu lahir dari hati yang membuatkan anda menyukainya . Bila bertemu cinta , usahalah untuk tidak buta , walaupun peribahasa mengatakan ‘ cinta itu buta ’ . Hakikatnya , buta pada hati adalah perkara yang berbahaya kerana cinta sejati memerlukan cahaya dari dalam jiwa untuk mencintai si dia . Pastikan anda bezakan isi hati dengan rupanya. Nilailah keinginan cinta yang anda temukan dan cari keinginan suci ‘ chemistry ’ .

Cinta sejati yang sebenar adalah amat indah , dan jauh dari apa yang ramai sangkakan . Pernahkah anda merasakan cinta yang dimiliki oleh pasangan bahagia yang telah uzur ? Walaupun usia dimamah masa , cinta sejati yang suci milik mereka tetap bersinar dan terpelihara . Oleh itu ,  berusahalah untuk menemukan cinta sejati anda . Fahamilah situasi cinta sejati yang anda inginkan itu untuk meneruskan hidup berdua .

cinta sejati

Mengenali Cinta Sejati ?

Tahukah anda , cinta itu adalah perasaan jiwa yang semulajadi . Ia adalah fitrah dan anugerah yang telah menjadi salah satu sifat manusia . Ia wujud hanya bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu bersertakan emosi dan suasana yang gembira . Oleh itu dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta , manusia sering menghadapi krisis nilai . Ramai insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh bagi mencapai keinginan tinggi cinta itu . Berbalik kepada isu buta cinta tadi , akibatnya ramai yang kabur dan gagal dalam menilai cinta . Namun , bagi yang bijaksana , mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya , yang lahir dari hati , yang bergelar cinta sejati . Insan sebegini adalah hidup dalam keadaan bersih dan penuh taqwa . Cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah suci , mahal dan tinggi tarafnya . Sifat cinta itu sempurna , jika tidak ia akan menjadi cacat .

# p/s : “ Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur ”




Old things | New things