Daisypath Anniversary tickers Beautiful Me
Follow Dashboard
Credits Section;

Skin by; OhhAeen
Blog owner; Syiera
Another credits.

TITLE; My Little Sister :*
Friday 29 March 2013 | 06:20 | 0 comments
Hai gengggg :D
Ape celop ? Haha , dah lame tak meng-hupdate blog gua nie . Perghhhh , rindu gile kot nak menaip . Hihi . So , takmau cakap banyak . You nampak itu title kat atas , yessssss ! Hari nie mau story pasal adik gua . Bagi gua intro dia dulu . Okay , nama dia Aiena Farini . Umur ? Biarlah rahsiaaaaa , tak boleh bagitau :p
Budak ipoh jugak meyh , sekolah kat Chemor . Sumpah cakap , dia nie memang comel gilaaa . Lagi-lagi bila dia tengah senyum . Ohh , boleh meltingg tuu . Hihi . Status dia ? Haha , semestinyaa dah taken beb . Jangan pandai-pandai nak cilok adik gua . Hihi :D
Eh eh , lupa pulak nak tunjuk gamba dia . Wait for a while :)

_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_


 



bersama boyfie diaaa :*


kamiii :*
Comel kan ? Yes , semestinyaaaa . Hihi . I love you dik <3
Jangan rampas dia dari saya . Kalau tak , memang makan penerajang lahhh . Aummmmm :D


TITLE; Rasa Kecewa
Wednesday 27 March 2013 | 19:40 | 0 comments



Setiap antara kita pernah rasa kecewa dengan sesuatu yang terjadi dalam hidup kita . Mungkin kita pernah kecewa dengan masalah keluarga , putus cinta atau gagal mencapai sesuatu yang kita impikan dan usahakan selama ini . Rasa kecewa adalah sesuatu yang normal dan adakalanya sukar dielakkan namun jangan sesekali membiarkan rasa kecewa ini menguasai diri kita .

Rasa kecewa yang ada dalam diri kita kalau tidak dapat dikawal boleh menyebabkan kita mengalami masalah kemurungan atau tekanan perasaan . Sekiranya ianya dibiarkan begitu saja , ada kemungkinan kita akan bertindak diluar dugaan seperti cubaan membunuh diri .

Ada pelbagai cara untuk kita mengurangkan rasa kecewa yang ada dalam diri kita . Antaranyaaaaaaaa , jeng jeng jenggggg !

1) Terima kenyataan --- > Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya .  Kita perlu redha dengan segala ketentuan-Nya . Adakalanya sesuatu yang terjadi dalam hidup kita adalah untuk menyedarkan dan menginsafkan kita .

2) Berfikir secara positif --- > Jangan terlalu mengikut perasaan dan emosi . Kita perlu pandai mengawal perasaan kita sendiri . Cuba pandang masalah kita dari pelbagai aspek . Berusaha untuk bangkit semula dan ubah nasib kita .

3) Luahan perasaan --- > Cuba luahkan masalah kita kepada seseorang yang kita percayai seperti keluarga ataupun sahabat baik . Cuba dapatkan pandangan dan nasihat dari mereka . Pastinya daapt mengurangkan sedikit kekecewaan kita :)

4) Permulaan baru --- > Cuba beri tumpuan pada hidup kita . Cari punca kekecewaan kita dan cuba untuk tidak mengulanginya . Fokuskan kepada sesuatu  yang mampu membangkitkan semula semangat kita . Jangan biarkan perkara yang remeh menghancurkan hidup dan masa depan kita .

Memang bukan mudah untuk memadamkan rasa kecewa yang kita alami . Namun kita tak sepatutnya membiarkan sesuatu dugaan menjadi penghalang untuk kita terus maju melangkah ke depan . Gagal hari ini tak bermakna kita gagal untuk selamanya . Tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita melainkan kita sendiri yang cuba mengubahnya .

# Peringatan untuk diri sendiri :D

TITLE; It's over :'(
Saturday 23 February 2013 | 04:28 | 0 comments
Hai semua . Maaf , saya dah lame tak meng-hupdate blog . Hmm , agak sibuk and jarang balik rumah . Almaklum lah , stay kat asrama ken ? So , susah dapat cuti . Minggu nie pun dapat balik kejap je . Esok dah kena go back to hostel . Ergghh ! Tak puas betui :/

Btw , saya bukan nak story pasal hostel or whatever yang tak berkenaan . Saya cuma nak luahkan ape yang saya pendam selama nie . Pada 23hb Februari , saya dengan dia dah takde pape hubungan . Okay , jujur lah kan sape yang tak sedih kalau kena tinggal kan ? Yes , maybe saya belum cukup sempurna untuk dia . Saya tahu saya banyak buat salah and selalu buat dia sakit hati . Memang tak dapat dinafikan lagi :')
Tapi , nak buat cemana kan ? Saya dengan dia takde jodoh . Saya kena terima even hati saya sakit sangat . Saya yakin satu hari nanti dia akan dapat perempuan yang jauh lagi sempurna yang boleh bahagiakan dia . Dia tak pernah tahu yang saya sayangkan dia sangat-sangat . Saya mengharapkan dia lah jodoh saya , yang boleh jadi pembimbing saya nanti , bakal imam saya .

Tapi , tu semua angan-angan yang tak kesampaian je . Dia bukan milik saya lagi . In shaa Allah , saya boleh terima semua dugaan nie . Mungkin ambil masa yang agak lama untuk lupakan dia . Ape pun , saya harap dia bahagia dengan hidup dia :')

 # SELAMAT TINGGAL , MUHAMMAD SYAZWANIZAM BIN SAHARUDIN .

bye Pictures, Images and Photos



TITLE; Just For You :)
Sunday 27 January 2013 | 00:23 | 0 comments
*luahan hati*

Awak , tolong jangan salah anggap yang awak itu adalah penghalang bagi hubungan saya . Saya pernah bagi tahu awak yang saya tidak akan balik kepada dia . Saya tak nak dia lebih daripada kawan . Saya hanya nak dia sebagai manusia yang pernah saya kenal . Betul kami sayang antara satu sama lain tapi tidak lagi bagi saya . Dia pilih awak . Awak tidak perlu menderita :)

 

Jangan bohong pada diri awak sendiri . Mungkin awak masih ingin bersama dengannya lagi . Maaf jika apa yang saya katakan mungkin salah . Tapi saya tak tipu dengan apa yang saya rasa . Awak , saya tak nak bersama dengan dia . Janganlah awak cakap saya terseksa sebab saya tidak dapat bersamanya sebab saya pilih untuk berkorban untuk kebahagian awak . Awak ingin saya bahagia? Saya sudah pun bahagia , saya tidak terseksa. Awak , jangan seksa diri awak lagi.


Awak masih boleh lari jika niat awak ingin lari . Tinggalkan saya ataupun dia . Saya tahu awak tidak bahagia . Awak saya sudah jumpa kebahagian saya dengan dekatkan diri kepada Allah . Jika awak masih belum lagi jumpa , saya di sini sentiasa ada dan bersedia untuk tolong awak . Bukan untuk dia , tapi untuk kebahagian seorang wanita islam yang memerlukan bantuan.

Awk tak perlu ganti pengorbanan saya , doakan saya sentiasa dalam keadaan baik didunia dan di akhirat :)

Awak , be strong :) We can do it together just don't give up. I know u can do it . Saya sentiasa doakan awak .




TITLE; 6 sebab untuk tidak berputus asa :)
Friday 4 January 2013 | 01:38 | 0 comments

Pernah rasa tak kadang-kadang macam putus asa sangat sangat sangat bila kita tak capai apa yang kita harapkan ? Kadang-kadang rasa letih , letih dengan semua benda disekeliling kita , rasa macam nak keluar dari sini . Rasa macam malas gilaa ahh nak teruskan untuk capai harapan kita tuu . Dah tak boleh nak buat cemana kan ? Aicecehh , konon pasrah lettew .

Tak payah lah nak pasrah pasrah putus asa semacam sangat . Kalau kita gagal sekali tuu , tak bermakna esok pagi bukak bukak mata dunia dah kelam . Kalau gagal hari nie , tak bermakna sampai ke tua asyik gagal saja . Errr , melainkan kalau dah diri sendiri pun yakin putus asa adalah jalan terbaik untuk teruskan hidup . Ya ! Awak takkan pernah maju ke depan .

Mai sini nak bagi kat hampa sebab-sebab untuk tidak putus asa . Hmmm , nak kena nyanyi ' Never Say Never ' - Bieber dulu baru nak baca ? Nyanyi sendiri lahh , kami suara tak sedap :p Okay , jangan nak melencong pulakkk . Hahaha .

1. Selagi kita hidup , kita nak apa pun kita boleh dapat .

Kalau betul nak give up gila-gila pun , ada satu sebab sahaja yang boleh diterima , iaitu kalau awak mati . Dah mati apa pun tak boleh buat . Okay , waktu tu boleh lah give up . Selagi kita bernafas , sihat walafiat , sikit sakit pon tak ada dalam badan , bermakna tiada halangan untuk kita terus-terusan mencuba :)

2. Bersikap realistik .

Awak cakap ' aku nie buat apa pun tak reti ' , lepas tu buat muka mintak kaki . Padahal baru aje hari pertama , kali pertama belajar mengayuh basikal tu . Normal lah kalau jatuh luka-luka kaki . Jarang-jarang lah ada orang yang belajar pada pertama kalinya , dan dia boleh menguasai something tuu . Kalau tak , tak wujud lah istilah ' Learn from Mistakes ' kan ?

3. Prove yourself .

Awak nak ke orang lain cakap awak tu seorang yang lemah dan cepat sangat putus asa ? Tak nak kan ? Jadi mulut tu jangan lah dok pi canang merata awak tu tak reti buat apa-apa . Cari lah sesuatu yang kita betul-betul suka, then usaha supaya kita boleh reti jugak buat benda tu . Tak payah nak buktikan pada orang lain , cukup dengan buktikan pada diri sendiri dulu . ' Aku mampu buat apa saja ' :)

4. Yakin dengan apa yang kita impikan .

Bila kita impikan sesuatu , tetapkanlah dalam hati betul-betul . Jangan ubah-ubah dah lepas tu , tak kira lah apa pun yang orang kata pada kita . Biasalah , orang .... Mesti ada jugak dua tiga kerat spesis manusia yang tak boleh nak tengok orang senang , akan buat kita rasa down . Walaupun spesis nie cakap ' alahh , berangan aje lebih , mustahillah benda macam tu hang boleh buat ' , buat muka tak peduli dah lah . Yang penting , kita tahu kita nie mampu atau tak nak capai impian tu .




5. Family and friends .

Jadikan orang-orang yang kita sayang sebagai inspirasi supaya kita terus tabah dan kuat ! Selalunya bila bersembang dengan mak , apa pun yang buat saya rasa down sampai jejak bumi kelmarin , boleh buat saya lompat ke langit hari nie :') Tu lah magic seorang mak kot . Heeee :) Nie contoh aje ,  awak try dengan mak awak lahh . Jangan pulak try dengan mak saya . Hahaha :D

6. Ada orang yang lebih teruk dari kita .

Awak sedar tak atas muka bumi cantik nie ,  ada orang yang hidup dalam environment dan situasi yang lebih teruk dan buruk dari awak sekarang ? Awak give up sebab mintak duit dengan mak nak beli kasut baru tapi mak awak tak bagi ? Ish , buruk betul buat mula ala merajuk macam tu tau-tua nie . Ingat sikit ada je orang takde kaki pun nak pakai kasut tu . Padahal kita nie kasut dah bersusun satu rak kat depan pintu rumah :3 Bersyukur , reti tak ?



Jeng jeng jeng . Saya pun taktau apasal tertulisnya benda-benda nie disini , harap maklum :3


Okay , saya tipu . Actually , hari-hari cakap macam nie dengan diri sendiri . Toksah lah nak give up sangat . Macam lah emas tu boleh turun dari langit kalau tak buat apa-apa perubahan dengan diri sendiri . Kadang-kadang tu kita sendiri tak perasan , something tu mungkin tak jadi sebab kita tak ready lagi . Bila sampai masanya nanti , in shaa Allah kita akan dapat jugak something tuu :)

# Yakinlah dengan janji Dia . Kita usaha , kita minta . Dia bagi segalanya . Cuma dia lagi tahu , bila masa yang paling sesuai untuk kita dapat something yang kita minta tuu :')
Wallahualam .



TITLE; Hanya Ingin Kau ♥ Tahu
Thursday 3 January 2013 | 01:07 | 0 comments


saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan jatuh cinta , lelaki itu tidak semestinya ada segala nya ..
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hati nya ...



saya nak awak tahu ♥
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata , itu bukan bermakna dia lemah ..
 tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu ...
saya nak awak tahu 
Apabila seorang perempuan marah , memang dia tidak mampu mengawal perasaannya ..
tapi percayalah , itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu ..
Lihat saja pasangan yang baru bercinta , mereka jarang bergaduh ..
Tetapi percaya lah , semakin bertambah sayang mereka pada seseorang , semakin pula banyak sesuatu yang terjadi ... 

saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan cerewet , dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas ..
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah , itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya , tetapi dia mahu menjadikan kamu lebih baik , bukan untuk dirinya , tetapi untuk masa depan kamu jua ...

saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu , bukan bermakna dia tidak sayang ..
tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian .. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya , kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi .. Naluri keibuannya sangat kuat .. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu ..

saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan merajuk , jangan kata dia mengada-ngada .. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah , tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai ..

saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’ , itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya , bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu , dia benar-benar maksudkan nya ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu , jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu .. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya .. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya .. Selagi dia denganmu , percayalah walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya , kamu tetap yang terbaik ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan berkata kasar , dia bukan bermaksud untuk berkasar , tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya .. Percayalah , hati perempuan itu sangat lembut ...
saya nak awak tahu ♥
Apabila perempuan berkata, “ tolong tinggalkan saya ! ” , dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya ..
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja .. Apabila dia kembali tenang , percayalah dia akan mencari kamu semula .. Itu tandanya dia benar-benar mencintai kamu .. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan .. Dia terlalu bermain dengan emosi . 
Tapi dialah yang paling menyayangi kamu dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu ...

saya nak awak tahu ♥
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri .. Tetapi sekiranya kita saling memahami , kita akan saling melengkapi dan menyempurnakan .. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali .. Di sebalik air mata ini , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya ... Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerana nya .. 

# Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup mu kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong kamu dan membuatkan hidup kamu lebih sempurna .. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak kamu nanti .. insyaALLAH .. :')



TITLE; Just For You , Dear :)
| 00:46 | 0 comments

BUAT AWAK ..
Bukan kerana rupa, harta, pangkat atau nafsu saya memilih awak .. Mungkin awak adalah doa yang selama ini saya pohon yang Allah makbulkan .. Alhamdulillah ..

InsyaAllah, segala pesan awak saya ingat .. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang Allah .. Saya mohon, tolong jangan ragu dengan saya .. Kerana Allah saya inginkan awak .. Jujur dengar awak mengaji buat saya tersentuh :')  Saya percaya Allah Maha Penyayang .. Dia sayang saya dan pertemukan saya dengan awak .. Awak yang selalu ingatkan saya tentang solat, tentang agama ..

Saya percaya pada cinta selepas nikah .. Apapun jadi kalau jodoh milik kita, kita tetap akan bersatu kan .. Simpan rindu, simpan sayang, simpan cinta .. Semua kerana Allah .. Kita cuma perlu berdoa dan terus berdoa semoga jodoh milik kita .. Aminnn ..


AWAK ..
Kerana Allah saya ingin memiliki awak, maka tiada lain yang ingin saya miliki melainkan awak .. Hanya awak .. Tolong jangan ragu dengan saya .. Tapi tetap percaya dengan apa yang Allah rancangkan untuk kita .. Ada jodoh atau tidak, Allah Maha Mengetahui kebaikan buat kita dan kita tak berhak mempersoalkan rencana-Nya ..


Ada kebaikannya andai kita jarang berhubungan sesama sendiri .. Mungkin dapat hindarkan dari hasutan syaitan supaya kita terus leka dengan percintaan .. Nauzubillah sungguh saya tidak mahu mencintai awak melebihi dari saya mencintai Allah .. Izinkan saya mencintai Allah lebih dari saya mencintai awak .. Yang kedua saya perlu mencintai keluarga saya terutama ibu dan ayah .. Selepas itu baru lah awak .. =) Saya harap awak faham ..

Jangan marah kalau saya kurang layan awak, jangan marah kalau saya kurang berhubung dengan awak .. Ketahuilah saya sendiri sedang berjuang untuk tidak terhasut dengan hasutan syaitan supaya terus leka dan lalai mencintai awak .. Saya tidak mahu selagi kita belum ada apa apa sebarang hubungan, saya terlalu leka dan lalai dengan percintaan .. Maafkan saya ye awak ..

Demi Allah, hanya awak .. Kerana Allah, hanya awak .. Tiada lain .. Bersabarlah ..


Awak, saya nak pesan satu :



Terima mengaji untuk saya, terima kasih ajar saya untuk berdoa, terima kasih mengingatkan saya tentang agama dan Allah =) 




Old things