Awak ..
saya minta maaf !
Izinkan saya simpan kenangan kita ..
Izinkan saya mencintai awak selamanya ..
saya doakan moga awak dan dia bahagia ..
Amin .. :')

|
Credits Section; ![]() |
TITLE; Maafkan saya ye :')
Thursday, 3 January 2013 | 00:10 | 0 comments ![]() ![]()
Awak ,
Maafkan saya !
Kerana terjatuh kaseh dengan awak ,
kerana Jatuh cinta dengan sikap awak ,
Kerana cuba untuk jadi yang terbaik dihati awak ,
Kerana buat awak rasa yang saya sayang awak ..
Mungkin saya hanya boleh mencintai diri awak dalam diam sahaja .
![]()
Mencintai awak dalam diam sangat menyakitkan tapi saya tahu saya perlu melakukan itu ,
mendengar kebahagiaan dari awak sudah cukup buat saya tersenyum walaupun hati kecil saya menangis , saya redha . Saya tak selemah wanita yang mudah mengeluarkan air mata kerana cinta . jadi awak jangan risau .. sayaa cukup kuat . cukup kuat . :(
Awak ..
Cuma saya minta satu ..
mungkin selepas ini saya akan berubah .
tapi saya nak awak yakin , saya berubah untuk kebaikkan kita ..
saya tak nak awak ada masalah dengan orang yang awak sayang ..
biar saya undur diri perlahan-lahan ..
saya janji awak takkan sedar saya akan hilang dari hidup awak ..
saya janji ..
![]()
Maafkan saya awak ..
Maafkan saya kerana tak boleh nak kotakan janji supaya kita akan tetap jadi sahabat ,
kita akan tetap berhubung seperti dulu ,
kita akan tetap ber" kawan " seperti dulu ..
saya tak boleh awak .. saya rasa saya tak cukup kuat untuk semua ni ..
saya cuma nak awak tahu ..
walau apapun yang berlaku awak adalah sahabat saya ..
saya janji .. cuma sekarang saya cuma minta waktu untuk mendapatkan semula hati saya yang dulu . jujurnya , Hati saya dah hancur bila awak cakap awak dah ada orang yang awak sayang .. tapi saya sendiri tak pasti kenapa saya masih boleh tersenyum ketika ini .
sedangkan kalau boleh saya ingin menangis sepuas hati ..
Awak ..
saya minta maaf !
Izinkan saya simpan kenangan kita ..
Izinkan saya mencintai awak selamanya ..
saya doakan moga awak dan dia bahagia ..
Amin .. :')
![]() TITLE; Dari Sudut Hati Ini :')
Tuesday, 1 January 2013 | 04:21 | 0 comments ![]()
Jauh di sudut hati ini
Tidak ingin sekali kau terluka
Dengan susunan tintaku bergerigi
Apatah lagi tercalar dihati
Agar dapat kau gurindamkan
Dengan senyum dan tenang
![]()
Jauh di sudut hati ini
Tak ingin lemparkan setitispun sengsara
Dari setiap pesan yang ku curahkan
Agar menjadi cahaya untuk kau berjalan
Di laluan yang gelap sendirian
Berdepan dengan setiap ujian
Tanpa perlukan bantuan dan teman
Disepanjang kehidupan
Namun
Terkadang terluncur juga kata-kata berbisa
Meninggalkan parut-parut tersisa
Walau niatku terpancar suci
Tak selalu nampak berseri
![]()
Jauh di sudut itu
Aku sentiasa melihatmu
Tiap lagu menjadi nyanyian mu
Selalu bernada sendu
Dan
Aku jadi kelu
Jauh disudut itu
Aku sentiasa melihatmu
Tiap bicara kau bersuara
Ada tawa ada bahagia
Aku terasa lega
Biarpun aku selalu di sudut sana
Aku tetap ada di situ
Kala kau lihat gelap malam
Atau terluka dicalar duga
Atau mungkin hilang semua gelak tawa
Yang pernah dicipta
Aku akan hadir menemani
Akan kuberi dian sekali lagi
Untuk kau lalui kembali
Jalan malam ini sendiri
Supaya menjadi berani
![]()
Supaya terus hadapi segala kesulitan
Kerana dunia ini memang begini
Hanya ada pelajaran dalam pengajaran
Untuk kau guna di masa depan
Percayalah
Aku tak minta difahami saat ini
Suatu hari nanti
Saat jalan-jalan bahagia kau miliki
Aku takkan lagi menemani
Tak bisa menjadi penjaga hati
Yang sering memerhati
Kerana aku harus pergi
Jalani hidupku ini ...
![]() TITLE; Cemburu ?
| 03:54 | 0 comments ![]() ![]() Bagi aku , cemburu tu sebenarnya sifat yang baik . Tapi dengan syarat , kita cemburu dengan niat untuk perbaiki kekurangan diri .
Bukankah bagus kita cemburu dengan kehebatan seseorang tu , dan kita teringin nak jadi macam dia ? Sekurang-kurangnya , cemburu boleh jadi pemangkin untuk kita jadi lebih baik daripada sekarang .
Tapi , bila cemburu disusuli dengan perasaan hasad dengki . Itu yang jadi tak baik . Jatuhkan orang lain , buat fitnah , hasad dengki macam ni yang patut kita elakkan .
Owh , lagi satu . Cemburu tu biarlah bertempat . Dan biarlah logik .
Jangan cemburu sebab berebut pondan , sampai main simbah-simbah asid pulak macam kes haritu dah la . Tak dapat diterima akal langsung :/ Hahaha .
TITLE; My New Brother :')
Friday, 28 December 2012 | 23:06 | 0 comments ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Hai korangggg . Heeee :') Amacam , sihat ka ? Hihi . Okay , anda nampak gamba-gamba di atas ? Yess , hes's my adopted brother . Kami kenal kat dalam group Chit Chat ( FB ) . Dia awesome sangat tau . Sporting , baik , caring and cool :')
Btw , name abang saya nie Aiman Shah . 20 tahun * masih muda * . Orang JB and masih single :) Saya harap sangat dia akan jadi abang saya sampai bila-bila . Almaklum lah , saya takdo abang . Hehe :) # p/s : adik sayang abang sangat-sangat tau . Hope kekal sampai bila-bila <3 TITLE; Cinta sejati akan hadir tanpa di jangka
| 07:14 | 0 comments ![]()
Erti Cinta Sejati ?
Banyak kisah yang terjadi apabila seseorang itu ingat takdirnya adalah bersama dengan si dia , namun akhirnya bersama dengan orang lain . Cinta Sejati akan hadir pada keadaan yang tak pernah kita jangka dan kadangkala ia membuatkan kita rasa sukar untuk meneruskan hidup . Jika anda miskin , anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya . Jika anda kaya , anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin . Jika anda hodoh , anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak . Kebenaran ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan . Oleh itu , percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh berlaku dalam menemukan cinta sejati .
Cinta adalah perkara yang sukar untuk di ramal . Setiap manusia mempunyai keinginan mereka yang tersendiri . Hati anda sentiasa mencari jalan untuk melunaskan keinginan yang berbuku di dalam hati . Di sebabkan itu , apabila anda terjumpa dengan seseorang yang berjaya memenuhi semua keinginan di hati anda , anda akan jatuh cinta pada orang tersebut secara tidak sengaja . Pernahkan anda berasa terkejut dengan cinta yang hadir pada anda ? Seolah-olah anda telah menemukannya si dia ?
![]()
Cinta sejati tidak perlu di pupuk atau berpura–pura kerana ia menguasai hati anda secara menyeluruh dengan cepat . Cinta sejati boleh di peroleh dari sesiapa sahaja kerana ia adalah satu kuasa yang misteri . Anda boleh jatuh cinta pada sahabat baik anda . Anda boleh jatuh cinta pada orang yang anda tidak kenal . Anda boleh jatuh cinta pada orang yang selalu anda jumpa . Oleh itu , berusahalah untuk memahami cinta sejati , pasti anda akan menemukan jodoh anda .
Oleh kerana cinta sejati boleh hadir dengan tiba–tiba , janganlah anda menerima cinta dari seseorang yang anda rasa tidak boleh memberi anda cinta sejati . Kelak anda akan rasa menyesal nanti kerana terpaksa memlih antara dua . Jelas bahawa cinta sejati adalah cinta yang spontan . Cinta sejati yang sebenarnya adalah tidak mengenal rupa , tetapi perasaan itu lahir dari hati yang membuatkan anda menyukainya . Bila bertemu cinta , usahalah untuk tidak buta , walaupun peribahasa mengatakan ‘ cinta itu buta ’ . Hakikatnya , buta pada hati adalah perkara yang berbahaya kerana cinta sejati memerlukan cahaya dari dalam jiwa untuk mencintai si dia . Pastikan anda bezakan isi hati dengan rupanya. Nilailah keinginan cinta yang anda temukan dan cari keinginan suci ‘ chemistry ’ .
Cinta sejati yang sebenar adalah amat indah , dan jauh dari apa yang ramai sangkakan . Pernahkah anda merasakan cinta yang dimiliki oleh pasangan bahagia yang telah uzur ? Walaupun usia dimamah masa , cinta sejati yang suci milik mereka tetap bersinar dan terpelihara . Oleh itu , berusahalah untuk menemukan cinta sejati anda . Fahamilah situasi cinta sejati yang anda inginkan itu untuk meneruskan hidup berdua .
![]()
Mengenali Cinta Sejati ?
Tahukah anda , cinta itu adalah perasaan jiwa yang semulajadi . Ia adalah fitrah dan anugerah yang telah menjadi salah satu sifat manusia . Ia wujud hanya bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu bersertakan emosi dan suasana yang gembira . Oleh itu dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta , manusia sering menghadapi krisis nilai . Ramai insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh bagi mencapai keinginan tinggi cinta itu . Berbalik kepada isu buta cinta tadi , akibatnya ramai yang kabur dan gagal dalam menilai cinta . Namun , bagi yang bijaksana , mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya , yang lahir dari hati , yang bergelar cinta sejati . Insan sebegini adalah hidup dalam keadaan bersih dan penuh taqwa . Cinta sejati yang sebenar-benarnya adalah suci , mahal dan tinggi tarafnya . Sifat cinta itu sempurna , jika tidak ia akan menjadi cacat .
# p/s : “ Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur ”
TITLE; Kenapa lelaki menangis dalam percintaan .
Thursday, 27 December 2012 | 22:07 | 0 comments ![]() ![]() Korang pernah tengok lelaki menangis ? Susah kan ? Airmata lelaki nie terlalu ' mahal ' bagi mereka . Lagi pun tak cool lah kalau lelaki menangis . Ego pun ada jugak . Tapi tak bermakna lelaki langsung tak boleh nangis . Lelaki pun ada perasaan jugak . Lelaki akan jadi sensitif bila dalam percintaan . Korang tengok lah walau se-rock or se-sempoi mana sekali pun lelaki tu , hati dia tetap akan terusik bila perempuan yang dia sayang tu buat sesuatu yang menyinggung perasaannya . Even benda tu benda yang simple bagi kita . Dan kita tak expect pun benda tu boleh buat dia kecik hati . Sampai dia merajuk . Saya cakap nie berdasarkan pengalaman :') Antara sebab-sebab yang boleh buat lelaki menangis : ♥ Si lelaki dianggap tidak wujud oleh wanita kesayangannya .♥ Si lelaki melihat wanita kesayangannya bermesraan , curang , berpelukan dengan lelaki lain . ♥ Si lelaki tidak dapat membahagiakan wanita yang disayangi . ♥ Si lelaki mendapat tahu si wanita kesayangannya berpura-pura mencintai dia . ♥ Wanita yang disayanginya tidak mencintainya secara ikhlas dan sepenuh hati , tetapi sekadar menggunakannya . ♥ Si lelaki tidak dapat membantu wanita kesayangannya apabila wanita tersebut benar-benar mahukan pertolongan .♥ Si lelaki berasa dipergunakan oleh wanita kesayangannya .♥ Si lelaki melihat wanita kesayangannya sakit , bersedih , menangis . ♥ Si lelaki merasakan wanita kesayangannya bukan miliknya , tetapi untuk lelaki yang lebih baik sempurna darinya . ♥ Si lelaki ditinggalkan oleh wanita yang dicintainya . # p/s : Hargailah mereka selagi mereka ada bersama kita :') TITLE; Dear Heart .
| 04:55 | 0 comments ![]()
Dear Heart ,
Please be strong no matter what happen and no matter how much you have been hurt . Kata orang hidup nie tak selalu indah . Kita tak mampu nak memuaskan hati semua pihak walau macam amana kita mencuba sekalipun . Percayalah . Nak memuaskan hati semua orang bukan mudah , paling-paling terpaksa korbankan hati sendiri . Hati perlu ada pendirian , hati kena kuat . Kita boleh hidup bahagia kalau kita mahu dan berusaha ke arah kebahagiaan yang kita idamkan . In syaa Allah , kita mampu untuk terus bahagia . Bukan mengabaikan perasaan orang lain tapi cuba untuk mengetepikan perasaan sendiri . Rasanya itu yang terbaik untuk hati .
Lidah merupakan senjata paling tajam . Kata-kata umpama belati yang menikam . Saya lebih suka mengingatkan diri sendiri daripada melihat atas kesalahan orang lain . Daripada situ mungkin saya mampu untuk memperbaiki diri . Sebagai manusia biasa , saya sendiri tak dapat lari dari melukakan hati mana-mana pihak tanpa saya sedari . Mungkin kata-kata yang dilemparkan dianggap biasa namun kesannya sangat mendalam . Saya lebih rela berdiam diri dan hidup dalam dunia saya sendiri daripada masuk ke dunia mereka yang tak pernah mengerti kehadiran diri saya .
Kita manusia . Takkan pernah sempurna . Kita mencuba . Tak semestinya berjaya . Kita bercakap . Tak semestinya mereka mendengar . Conclusion untuk apa yang telah ditaip dari tadi , understanding itu tersangatlah penting . Tak kisah dalam berkawan or berkasih . Faham , memahami .
Dear Heart ,
Please don't hurting and try to be strong so you can't be hurt :')
|